Wednesday, August 12, 2009

ANUGERAH MERDEKA

Anugerah

  • Nama rasmi anugerah ialah “Anugerah Merdeka”
  • Penaung Anugerah ini ialah Perdana Menteri Malaysia
  • Ia merupakan inisiatif PETRONAS dan diasaskan bersama oleh ExxonMobil dan Shell
  • Ini menjadikan PETRONAS, ExxonMobil dan Shell sebagai “Gabungan Pengasas” Anugerah
  • Anugerah ini dinamakan sedemikian untuk meraikan semangat jati kemerdekaan, di dalam konteks kebebasan minda dan semangat, yang merupakan pra-syarat untuk mencapai potensi sebenar insan di dalam usaha ke arah kecemerlangan
  • Anugerah ini dilancarkan oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 27 Ogos 2007


    Rasional & Objektif Anugerah
  • Anugerah ini berhasrat untuk mengiktiraf dan menghargai individu-individu dan organisasi-organisasi yang telah memberi sumbangan ulung yang menjurus kepada kebaikan dan kemajuan bagi Malaysia dan rakyatnya
  • Walaupun diterajui oleh industri Minyak & Gas, Anugerah ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan mereka yang telah menyumbang kepada kemajuan masyarakat negara ini


    Mengapa Industri Minyak & Gas?
  • Industri Minyak & Gas telah sekian lama memainkan peranan besar di dalam usaha membangunkan Malaysia. Anugerah ini adalah manifestasi simbolik komitmen industri ini untuk terus menjadi komponen penting di dalam kemajuan negara seterusnya
  • Anugerah ini turut merangkumi semangat industri yang mana dedikasi dan komitmennya telah menyumbang serta memberi manfaat kepada negara dalam banyak bidang – ekonomi, kemajuan teknologi dan pembangunan modal insan

    Aspirasi Anugerah
  • Anugerah ini bermatlamat untuk menjadi program anugerah paling berprestij di negara ini yang khusus meraikan, mengiktiraf dan menghargai kecemerlangan.
  • Untuk jangka masa panjang ia akan setaraf dengan anugerah-anugerah lain yang diiktiraf di peringkat serantau/antarabangsa


    Kategori-Kategori Anugerah
  • Pendidikan dan Komuniti
  • Alam Sekitar
  • Kesihatan, Sains dan Teknologi
  • Sumbangan Ulung Kepada Rakyat Malaysia
  • Pencapaian Ulung Akademik

    Kelayakan Untuk Anugerah
  • Anugerah ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang masih hidup – individu atau organisasi
  • Bukan warganegara layak untuk dicalonkan bagi kategori Sumbangan Ulung Kepada Rakyat Malaysia
  • Kategori Pencapaian Ulung Akademik hanya untuk individu

    Pentadbiran Anugerah
  • Sebuah Lembaga Pemegang Amanah, yang dianggotai wakil daripada PETRONAS, ExxonMobil dan Shell, telah ditubuhkan untuk menguruskan dana RM50 juta
  • Sebuah Sekretariat Tetap akan ditubuhkan bagi mentadbir, mengurus, dan menganjurkan Anugerah

    Pencalonan dan Pemilihan Pemenang
  • Pencalonan akan dibuat oleh sebuah Jawatankuasa Pencalonan yang bebas.
  • Jawatankuasa ini terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang masing-masing, personaliti-personaliti terkenal dalam bidang kepakaran masing-masing, rakan-rakan kongsi industri minyak dan gas serta bakal pemenang-pemenang terdahulu
  • Jawatankuasa Penamaan seterusnya akan mengemukakan cadangan mereka kepada Jawatankuasa Pemilihan yang akan membuat penilaian lanjut ke atas calon-calon penerima sebelum mengemukakan senarai akhir calon-calon kepada Lembaga Pemegang Amanah untuk keputusan muktamad

    Hadiah dan Kekerapan Anugerah
  • Setiap kategori Anugerah menawarkan hadiah wang tunai RM500,000, sebuah piala dan sijil
  • Pengasas-pengasas bersama Anugerah ini telah mewujudkan tabung amanah dengan dana berjumlah RM50 juta untuk tujuan tersebut
  • Anugerah ini akan disampaikan secara tahunan, bermula dari tahun 2008





    KATEGORI-KATEGORI ANUGERAH MERDEKA

    1) Pendidikan dan Komuniti - Penerima untuk kategori ini akan diiktiraf sebagai calon yang paling layak, yang telah memberikan sumbangan atau perkhidmatan yang bermakna, berterusan serta inovatif dalam bidang pendidikan dan/atau komuniti yang membawa manfaat atau meningkatkan taraf hidup rakyat atau masyarakat Malaysia.

    Bidang pendidikan turut merangkumi penyelidikan dalam bidang pendidikan, pendidikan yang memberi manfaat kepada kumpulan yang terpinggir atau peningkatan tahap pendidikan untuk sekumpulan masyarakat yang disasarkan.

    Ruang lingkup komuniti bukan sahaja meliputi perkhidmatan untuk kepentingan masyarakat dari segi kebajikan, malah termasuk juga bidang seni (contohnya seni tampak, seni persembahan, pemuliharaan bentuk seni) atau sukan (contohnya usaha memperluas dan memasyarakatkan sukan kepada masyarakat umum).

    2) Alam Sekitar - Penerima untuk kategori ini akan diiktiraf sebagai calon yang paling layak, yang telah memberikan sumbangan besar yang bermakna dan berterusan (sama ada dalam bidang penyelidikan, pengurusan atau amalan) untuk menyelamatkan, melindungi, memulihkan, memelihara atau mempertingkatkan sumber dan alam sekitar. Maksud sumbangan termasuklah penyelidikan, pembaharuan bandar dan penggunaan teknologi baru untuk menambah baik alam sekitar. Pencapaian yang diiktiraf haruslah untuk usaha yang dijalankan dalam tempoh lima tahun sebelum menerima anugerah.

    3) Kesihatan, Sains dan Teknologi - Penerima kategori ini akan diiktiraf sebagai calon yang paling layak, yang telah memberikan sumbangan besar yang bermakna dan terkini untuk manfaat masyarakat dalam bidang kesihatan, sains atau teknologi termasuklah, antara lain, penyelidikan, sokongan penjagaan kesihatan atau penemuan dan penggunaan teknologi yang inovatif. Pencapaian yang diiktiraf haruslah untuk usaha yang dijalankan dalam tempoh lima tahun sebelum menerima anugerah.

    4) Sumbangan Ulung Kepada Rakyat Malaysia – Kategori ini dikhaskan untuk individu atau organisasi bukan dari Malaysia yang mengiktiraf calon yang paling layak, yang telah memberikan sumbangan ulung dan bermakna kepada Malaysia atau kepada rakyat Malaysia yang membawa kepada peningkatan tinggi dalam kehidupan atau mutu kehidupan rakyat Malaysia. Pencapaian yang diiktiraf haruslah untuk usaha yang dijalankan dalam tempoh lima tahun sebelum menerima anugerah.

    5) Pencapaian Ulung Akademik - Kategori ini mengiktiraf rakyat Malaysia yang telah menunjukkan kecemerlangan dan merit dalam bidang Akademik. Calon haruslah dari kalangan pelajar/fellow yang menjalankan atau memainkan peranan utama dalam penyelidikan akademik (sama ada dalam bidang tulen, gunaan atau bidang baru) yang menghasilkan penemuan yang bermakna pada tahap lepasan ijazah di universiti tempatan atau di luar negara. Pencapaian yang diiktiraf haruslah untuk usaha yang dijalankan dalam tempoh lima tahun sebelum menerima anugerah.

    LEMBAGA PEMEGANG AMANAH ANUGERAH MERDEKA
  • Tan Sri Dato’ Seri Mohd Hassan Marican Pengerusi
  • Liam M Mallon
  • Dato’ Saw Choo Boon
  • Datuk Dr Rosti Saruwono
  • Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim
  • Prof Emeritus Tan Sri Dato’ Dr Khoo Kay Kim


    JAWATANKUASA PENAMAAN ANUGERAH MERDEKA
    Kategori : Pendidikan & Komuniti
  • Hijjas Kasturi
    Datuk Johan Jaaffar
  • Datuk Dr M Jegathesan
  • Tan Sri Ramon Navaratnam
  • Prof Dato’ Dr Shamsul Amri Baharudin
    Kategori : Alam Sekitar
  • Ir Gurmit Singh
  • Dato’ Dr Mikaail Kavanagh
  • Prof Emeritus Dato' Dr Mohd Sham Mohd Sani
    Kategori : Kesihatan, Sains & Teknologi
  • Tan Sri Datuk Dr Augustine Ong Soon Hock
  • Dr Oystein Berg
  • Tan Sri Dato' Dr Yahya Awang
    Sumbangan Ulung Kepada Rakyat Malaysia
  • Tan Sri Dato’ Ernest Zulliger
  • Tan Sri Dato’ Megat Zaharuddin bin Megat Mohd Nor
  • Tan Sri Razak Ramli
    Pencapaian Ulung Akademik
  • Tan Sri Datuk Dr Arshad Ayub
  • Tan Sri Datuk Dr Lal Chand Vohrah
  • Datuk Dr Hj Abdul Razak Mohd Ali

    JAWATANKUASA PEMILIHAN ANUGERAH MERDEKA
  • Dato’ Henry Sackville Barlow
  • Tan Sri Khalid Ramli
  • Professor Kishore Mahbubani
  • Tan Sri Samsudin Osman
  • Tan Sri Dato’ Seri Siti Norma Yaakob

No comments:

Post a Comment