Thursday, August 13, 2009

19 OGOS 2009

1.
MERDEKA APA?
Penulis : Mamat Khalid
Pengarah : Mamat Khalid
Pelakon : Khir Rahman, Vanidah Imran, Farid Kamil
Sinopsis :
Perbincangan suami isteri dengan seorang askar Melayu di Melaka yang hendak pergi berperang dengan Postugis.
2.
MERDEKAKAH KITA
Penulis : Azrul Azizi Amirrul (ABAD)
Pengarah : Azrul Azizi Amirrul
Pelakon : Mohd. Roslan Radzi, Mohd Harfiqi Arshad, Khairol Azhar Abd Jalil
Sinopsis :
Merdekakah Kita mempersoalkan tentang ketandusan nilai masyarakat yang merdeka. Secara sinis persembahan ini memaparkan kepincangan masyarakat dalam menyelami erti sebenar sebuah kemerdekaan.
3.
MEREKA MEREKA MERDEKA
Penulis : Moizzis r. Cong (R & D Rock and Roll Team)
Pengarah : Moizzis r. Cong
Pelakon : Moizzis r. Cong, Dina Zainal Abidin
Sinopsis :
Mengisahkan tentang Massa yang sedang bercakap dengan rohnya berkenaan cara untuk melepaskan dirinya dari belenggu penindasan. Massa tawanan yang sentiasa ingin membayangkan dan mendapatkan kuasanya secara mutlak. Mereka membayangkan tentang kemerdekaan.
4.
SATU ENAM EMPAT KAUNTER 4
Penulis : Nuex (TEKAD, UKM)
Pengarah : Muhamad Khairul Anwar Rosli
Pelakon : Mohd Rudzaini Abd. Rahman, Mohd Shahrudin Yusof, Muhd Khairul Anwar Rosli, Nur Halida Badrul Hisham
Sinopsis :
Pertemuan mereka buat pertama kalinya telah merungkai segala perbezaan, karakter, ideologi, perjuangan dan segala jenis ketidaksamaan di antara mereka. Namun dalam seribu perbezaan, terdapat satu persamaan yang jelas di antara mereka.
5.
5 JAM SEBELUM LAUNGAN MERDEKA DI STADIUM MERDEKA
Penulis : Mohd. Hiezam Hashim (BADAN BUDAYA DBP)
Pengarah : Rasdi Daud
Pelakon : Aris Othman, Mohd Rafik Abd. Rahman
Sinopsis :
Seorang bekas pejuang yang lari ke Indonesia muncul di residensi untuk berjumpa Tunku Abdul Rahman pada malam kemerdekaan. Mereka sahabat akrab semasa belajar di London. Akan tetapi beliau tidak dibenarkan berjumpa Tunku. Beliau bertembung dengan Yaakub Amin, setiausaha politik Tunku juga sahabat beliau.

6.
3-1...1-3
Penulis : Yusmahizan (ASWARA)
Pengarah : Hafizee Hatta
Pelakon : Xavier Fong V-Shin, Talha Amir Harith, Fatanah Amirah, Atiqah Abu Bakar
Sinopsis :
Tiga sahabat, Tiga perangai, Tiga pemikiran, Satu kerusi, Satu Matlamat, 3 untuk 1, 1 untuk 3. kisah kemelut tiga sahabat yang ingin memiliki sebuah kerusi.

2 comments:

  1. Masuk percuma atau dikenakan bayaran? Berapa harga tiket? Beli tiket di mana?
    KESUMA DEWI

    ReplyDelete
  2. Masuk PERCUMA.. 19 Ogos 2009 adalah malam terakhir pementasan. 6 buah teater pendek akan dipentaskan untuk pementasan malam terakhir. Pementasan akan bermula jam 8.45 malam.

    ReplyDelete