Thursday, August 13, 2009

18 OGOS 2009

1.
REYOK, NAFAS BANGSA
Penulis : Rahimah Muda (KESUMA-i)
Pengarah : Rahimah Muda
Pelakon : Ismail Abu Aris, Jamal Equash, Mohd Afendi Sarban, Othman Ahmad Saini Ariffin
Sinopsis :
Darmin, seorang lelaki yang memperjuangkan seni tari kuda kepang atau reyok. Tetapi, Darmin mendapat tentangan Jamal yang menganggap perjuangan Darmin tidak lagi relevan malah bertentangan dengan pegangan kepercayaan sesetengah pihak. Jamal yang merupakan bekas pengikut Darmin membawa perubahan dalam amalan reyok. Apa pun halangan, Darmin menganggap bahawa kemerdekaan negara sebagai satu anugerah untuk terus memperkukuhkan seni, bahasa dan budaya melalui reyok. adalah sebahagian daripada unsur yang mengisi nafas bangsanya.

2.
BIDAN KETUJUH
Penulis : Rahimidin Zahari (Teater Nun)
Pengarah : Rahimidin Zahari
Pelakon : Milyana Arshad, Mohamad Colmann Abdullah
Sinopsis :
Membawa persoalan tentang erti kemerdekaan antara seorang nenek berusia 80 tahun dan seorang anak muda berusia 20-an.

3.
MAAFKAN AKU
Penulis : Iryanda Mulia (STEFANI)
Pengarah : Iryanda Mulia
Pelakon : Farah Ahmad, Ungku Hariz Faizal, Ard Omar
Sinopsis :
Erti sebuah perjuangan pada mereka yang telah merasai detik kemerdekaan yang telah dicapai dengan pengorbanan tetapi disangkal oleh anak-anak bangsa yang meragui erti kemerdekaan itu dengan rasa hampa, kecewa dan marah pada tanah air sendiri.

4.
THE PRICE (English)
Penulis : Siti Aisyah Hassan Hasri
Pengarah : Siti Aisyah Hassan Hasri
Pelakon : Carliff Carleel, Mahesh
Sinopsis :
Perbincangan yang diadakan pada awal pagi 6 januari 1955 di Commonwealth House di London, pada malam sebelum Tungku menandatangani Memorandum Kemerdekaan Malaya. Apakah harga yang dibayar untuk mendapat kemerdekaan negara ini?

5.
LAMPU SULUH JAM DINDING
Penulis : Hushairi Husain & Wan Azli Wan Jusoh
Pengarah : Hushairi Husain
Pelakon : Hushairi Husain, Wan Azli Wan Jusoh
Sinopsis :
Lampu suluh dan jam dinding, peninggalan seorang mualaf kepada anaknya. Si anak tidak bekerja dan mengambil keputusan untuk menjual lampu suluh dan jam dinding kepada si penjual barangan lama. Suatu perkara telah berlaku pada malam kemerdekaan.

No comments:

Post a Comment