Thursday, August 13, 2009

17 OGOS 2009

1.
SELENDANG TUN FATIMAH SUNDANG MELAKA
Penulis : Ladin Nuawi
Pengarah : Ladin Nuawi
Pelakon : Ladin Nuawi, Noor Aina Abd. Hamid, Hawa Abd. Hamid
Sinopsis :
1511 Kerajaan Melayu Melaka mulai runtuh dan dijajah oleh Portugis. Ekoran penyalah gunaan kuasa, rasuah, terlalu mewah dan anakanda Sultan Ahmad membuang ‘akmal raja-raja’. Sultan Mahmud dari puncak kekuasaan menanggung aib bukan kepalang. Sultan Mahmud dan rakyat mendapat semula kekuatan dengan adanya Tun Fatimah seorang isteri yang setia untuk memulihkan semangat Sultan untuk terus menjadi tunggak kekuatan Melayu hingga sekarang.

2.
MAT ARSHAD MATI DIBUNUH...
Penulis : Umi Kalsom Ahmad (TeKA UiTM)
Pengarah : Umi Kalsom
Pelakon : Syahrul Fitri Musa, Umi Kalsom, Mazlan Tahir, Mohd Anas Harun
Sinopsis :
Identiti dan jati diri hilang disebabkan periuk nasi dan kepentingan diri sendiri. Identiti Mat Arshad ada di mana-mana... JWW Birch dibunuh kerana melanggar kepercayaan dan ketuanan Melayu. Tetapi kita Melayu yang selalu melanggar kewibawaan dan ketuanan Melayu siapa yang akan bunuh kita. Jangan jadi seperti Mat Arshad.
3.
SATU
Penulis : (Kolaborasi Semua Pelakon)
Pengarah : Shariful Akma Abdullah
Pelakon : Mardiana Ismail, Engku Nur Zalifah, Mazlan Tahir
Sinopsis :
Teater ini mengambil inspirasi daripada konsep Satu Malaysia.
4.
APA MAKNANYA 63
Penulis : Kamarul AR (HIDAYAH)
Pengarah : Kamarul AR
Pelakon : Roslan Hj. Muhamad, Maznah Osman, Mohd Shahri Saripah, Noorfaziatul Azua Ahmad
Sinopsis :
Malaysia yang sudah mencapai kemerdekaan selama 63 tahun, tetapi dalam konteks kemajuan pembangunan yang dinikmati daripada warisan nenek moyang hasil perjuangan kemerdekaan tanah air, masih lagi ada kekurangan dan juga masih menyaksikan perpecahan yang dikhuatiri membawa padah pada impian bangsa untuk berada di puncak kegemilangan.

5.
SEHELAI SURAT BERKISAH
Penulis : M. Fakhrurrazi Mustafa (ASWARA)
Pengarah : Mohd. Fakhrurrazi Mustafa
Pelakon : Syahir Hazman Tajul, Amir Hashyim, Mohd. Haris, Kamarulzaman
Sinopsis :
Tentang sekeping surat yang ditemui oleh seorang lelaki. Surat itu datangnya dari seorang pahlawan lama yang menceritakan tentang susah payah perjuangan melawan penjajah. Persoalan misteri timbul antara kemunculan surat dan hubungannya dengan lelaki itu.

No comments:

Post a Comment